CINTA YANG RUMIT
Seribu satu lodakan rasa
susah tuk aku luah
sungguh rumit untuk kumadah
aku bertahan
kerana ruang, lingkaran dan jalinan
jika tali ke Parthenon timur putus
pohon rendang sekurun kan pupus
dan linangan sedu terus berutus
aku cuba melambai pergi
cuma bertambah rindu tiba dinihari
tapi bila mereka beredar gembira
dengan jari kecil mengait rasa
cemburuku sukar sembunyi di wajah dan mata
cinta yang rumit membuat hatiku mati walau fasad bernyawa ceria pura-pura
dia faham dan tahu
tapi sukar mengerti apa ia mahu
<< Home