Tuesday, June 03, 2008

CINTA TANPA SYARAT

Photobucket

cinta tanpa syarat
dia tidak punya
dan dia tidak minta
namun liciknya dia
tangkas rapi mengawal selia

cinta tanpa syarat
bagai layar angkasa
angkuh perkasa
aku kukuh ditarik cantik dilayang
mengikut rentak alunan mayang
ciptaan malamnya, indah di kala siang

cinta tanpa syarat
aku tabur percuma
aku derita dalam senyumtawa

cinta tanpa syarat
itu idealisme dulu
timarlinar terus berlalu
kekadang benciku, namun aku sayang selalu

kini aku tak mahu
jika dilafas 'aku cinta kamu' dia senyum lalu bisu
aku lesu
lalu hati berkata -- "biarlah ia berlalu...moga selamat kamu..."

kerna cinta tanpa syarat,
dia tidak punya,
cuma aku yang melihat kabur miraj-maya
yang tidak pernah wujud rupanya...