Aku rindu PDX

Ada kalanya aku mahu terbang
untuk seketika ke Nordstrom terbilang
singgah sebentar di Meier & Frank, minum air biru di Galleria
mencuci mata di Pioneer Square

Ada masanya, aku mahu ke Waterfront
untuk mendapat aroma lumpia
kemudian ke Powell yang bertimbun buku terpakai

Ada waktunya aku mahu lari
Aku penat dengan manusia kaya luaran tapi entah apa dalaman
Tapi aku pernah juga berkata, "One man can move a mountain"
Letih dan perit rakan haluan
Siapa kata lobang dan lopak sudah tiada sepanjang jalan...
(Pix from Pova.org, Xanga.com and Portlandguide.com)
<< Home