Friday, September 02, 2005

TAMPARAN KATRINA DAN PENGURUSAN KRISIS DI AMERIKA

Rupa-rupanya Amerika tidaklah sehebat yang disangkakan kerana Katrina telah sedikit sebanyak menginsafkan kuasa besar itu.

Kita tangisi lebih 10,000 ribu nyawa yang terkorban – dan menurut media Amerika lebih 10,000 nyawa yang hilang itu adalah “Thrown People” (mereka yang miskin dan kebanyakannya berkulit hitam yang tidak mampu dan berupaya menyelamatkan diri kerana tidak info-savvy dan resourceful).

Kita bersimpati dengan penderitaan mereka kini dan masa terdekat.

Bagaimana pun kelemahan pengurusan krisis Amerika amat terserlah kini.

Akhbar Daily Mail UK menganggap malapetaka yang dibawa oleh Katrina sebagai “The Humbling of a Superpower.

Pemimpin Kebebasan Sivil Amerika Jesse Jackson telah dilaporkan sebagai berkata, “The government had been grossly insensitive to the needs of New Orleans' poor. We've sent our National Guard, our helicopters, our resources to secure Baghdad and manufacture a democracy, but leaving New Orleans vulnerable".

Mari kita lihat masalahnya:

Pertama:

Ketua negara mestilah orang pertama dilihat berada di tempat kejadian – tidak kiralah darurat besar atau masalah remeh. Jika tidak jangan jadi ketua!

Bagaimanapun, media Amerika melaporkan President Bush yang bercuti memendekkan cutinya dan melawat New Orleans selepas empat hari kejadian berlaku.

Pengajarannya: Dalam darurat jangan sekali-kali sebut perkataan “sedang bercuti, atau memendekkan cuti” kerana ia satu luxury yang akan menimbulkan kemarahan kerana orang lain menderita dan 'dia' sedang bercuti. Mengapa terlalu lambat pergi melawat? Kerana terlalu sibuk mencatur pelan untuk menakluk dan mengongkong negara lain, lebih-lebih lagi negara yang mengeluarkan minyak? Hmmmm…

Laporan khas Guardian Unlimited menyebut 35% anggota National Guard Louisiana kini berkhidmat di Iraq. Mungkin itu sebabnya laman sendiri tidak terjaga kerana tamak dan mahukan minyak di laman dan kampong orang lain (read: Iraq, Saudi Arabia, etc).

Apa pun, permandangan di New Orleans seakan sama dengan Baghdad bak kata Guardian Unlimited “National Guard recruiting is down because people fear being sent to Iraq. The priority given to law and order seems a troubling inverse reflection of what happened after the fall of Baghdad. Is it really more important to use deadly force against looters than to deliver humanitarian aid effectively?”... Fikirkan…

Kedua:

Rakyat Amerika mati kelaparan dan tiada bekalan air bersih.

Pengajarannya: Amerika kaya dengan pelbagai peralatan tentera (kapalterbang canggih, helikopter laju etc…) tetapi tidak ada pun ‘jentera’ ini yang digunakan untuk menggugurkan makanan kepada mereka yang terkandas di kawasan luar bandar. Salahnya – “Authorising Committee”nya lembab. Bagaimanapun Amerika efficient dan cepat dalam membuat keputusan menyerang negara lain. Adakah Amerika juga mempunyai sindrom orang bawahan ketua yang tidak berfikir (read: yes man) yang cuma mengikut arahan dan tidak berfikir secara strategik. Kalau benar… jahanamlah negara maju itu. Kalau dilihat semula memang ada kebenarannya. Banyak organisasi (not just in America but kat Malaysia pun) suka mengambil orang yang tak berapa cekap berfikir secara strategik kerana takut nanti lawan tokey. Tapi bila berlaku krisis tokey juga yang susah untuk berdepan stakeholders sebab subordinatesnya 'cannot' think. Pengajaranya? Sendiri kena tahulah… Unless we are herders, hunters and gatheres.


Ketiga:

FEMA atau Federal Emergency Management Agency telah dibelasah hebat oleh wartawan CNN semalam. Pengarahnya memberitahu CNN, FEMA cuma mendapat informasi tentang ramai rakyat Amerika yang terkandas pada hari ketiga kejadian dan sedang membantu memberi bekalan makanan melalui komiti-komitinya. Kerana kebodohannya memberikan hujah itu, wartawan CNN membelasahnya dengan berkata “our crew and reporters were there at the scene right after Katrina striked and we have been relaying information to the world. How can you say you didn’t know...”

Pengajarannya:

Jelas, knowledge management dan berkomunikasi dengan media teramat amatur bagi sebuah superpower. Juga, tak perlu ada committee khas bila berlaku bencana kerana struktur asal seharusnya sudah boleh mengatasi masalah. Ini... Sendiri kena tahulah..