Orbit Seksa
Laluan orbit planetku selalu lancar
cuma sekali dua kucar
Kerana tiada meteor menyapa sombong
jauh sekali tahi bintang menghempas ganas
kerana mengelak aku terbilang pantas
Orbitku kini ditarik kuasa
kuasa planet jiwa semasa
cukup indah mega, juga warna deria rasa
Lebih indah berbanding Zuhal yang megah
yang tiba ini bukan Marikh tapi teramatlah gah
Cuma planetku gusar
tarikan kuasa indah bertukar kasar
Kucar-kacir kah orbitku esok?
tiada dapat kubaca ramal awalan
walau teropong mengintai puluhan bulan
Planetku pernah ditarah meteor agung
cahaya indah bertukar bencana -- berbulan menjadi bingung
Lalu aku seru atmosfera
bukan semua kerdipan itu indah,
usah diundang padah
kerana orbitku tidak mahu laluan seksa
yang aku sudah mula terasa
Terus sahaja sejuk, beku dan biru
Kan itu lebih mudah
apa perlu ceria di dalam gundah?
Mr Almost
2105hrs
Tuesday, April 18.
<< Home